Part 1 : Kronologi bersalin. False and Real Contraction ? Macam mana rasa tu.

Assalamualaikum semua. 

Kronologi bersalin anak kedua ni aku nak tulis siap-siap sebab aku rasa selagi aku ingat saat-saat bersalin aritu, better aku create entry dekat blog. At least, cerita bersalin ni aku simpan dalam blog dan boleh baca semula in future sementara cerita ni still fresh dalam ingatan. Mungkin jugak korang boleh buat bahan bacaan rujukan time pregnant, time takde ape-ape nak buat, time nak “tunggu masa” untuk bersalin.

Ok aku nak start dengan cerita false contraction yang aku rasa (false alarm)


7/4/2015 (Selasa)38 weeks
(False contraction ni aku rasa awal 3 minggu sebelum bersalin)

Pagi tu aku sempat pegi MSU kejap sebab lecturer ada buat kelas briefing untuk internship student yang dah habis praktikal. So, pagi-pagi tu ok lagi, takde rasa ape pun. Cuma masa nak balik MSU tu, aku rasa letih dan semput teramat sangat. Dah laa drive sendiri pegi MSU, walaupun jarak rumah dengan MSU cinonet je, tapi aku rasa macam nak suruh je orang antakan aku balik. 
Sampai-sampai rumah terus terbaring, nak rest, tapi aku dapat rasakan aku baring sambil tercungap-cungap. Start tengahari tu, tiba-tiba aku dapat rasakan something tak kena. Rasa macam sakit sengugut dan menangkap kat pinggang. Baby pun mengeras. Bukannya aku tak pernah rasa, tapi aku rasa lain sebab sakit ni kerap. Dia jadi 5 minit sekali sakit, pastu lega, pastu ulang-ulang balik sampai lebih 10x. Aku terus download contraction timer apps dekat phone sebab aku yakin ni false contraction sebab tak pernah jadi macamni. Sakit tu berlarutan daripada tengahari, petang, sampai malam. Dan sambung pagi esok tu. Aku plan nak refer hospital terus tapi sebabkan sakit tu jenis yang boleh control dan rasa macam taklah hardcore mana cuma “mild contraction” saje. 

Husband tanya nak pegi hospital ke, aku balas balik takyah lah, kalau tengah malam kang sakit sangat, baru aku kejut dia. Lagipun aku teragak-agak nak pegi sebab bag baju aku tak siap packing lagi. HAHA! Bag baby je aku dah setel packing and bawak masuk kete siap-siap. Esok tu, still rasa lagi dan aku still kira kekerapan contraction tu. Bezanya bacaan tu dah jadi tak regular, so aku rasa belum sampai masanya lagi aku nak pegi hospital. selagi boleh tahan atau selagi tak muncul dua tanda-tanda nak bersalin which is turun darah dan air ketuban pecah, aku taknak pegi hospital. Start daripada petang tu, false contraction dah tak rasa sangat. 

Macam mana rasa “false contraction” ?

– Yang ni bagi aku sendiri tau. Mungkin lain orang lain rasanya. Rasa dia macam period pain, tapi period pain yang 3x ganda rasa daripada biasa. Selalu kena sengugut time moon coming tak? Kalau selalu, get ready anda akan rasa lebih dari tu, tapi sebagai perempuan yang Allah dah cipta sebaik-baik ciptaan-NYA, sakit macam mana sekalipun, perempuan tetap KUAT dan BOLEH TAHAN! Itulah kelebihan wanita, sakit macam mana pun dia tetap boleh tahan demi nak lahirkan seorang khalifah.

24 /4/2015 (Jumaat)
40 weeks

Nampak kan beza skip tarikh atas tu dengan yang kedua ni. Tu maknanya, sepanjang hari tu takde rasa sakit apa-apa. Aku habiskan masa dan enjoy pregnant dengan keluar pegi mall kejap dan duduk rumah je jaga Medina. Masa tarikh ni, aku dah start rasa something. Aku rasa macam ada “sesuatu” yang dok cuba “mencucuk-cucuk dan menolak-nolak” sampai ngilu bahagian ari-ari. Dia macam cuba acah-acah dengan aku. haha. Kejap-kejap rasa ngilu and semestinya yang tu kali pertama aku rasa. Aku mesej akak aku, tanya dekat dia (memandangkan akak aku ada experience 5x mengandung and sekarang dia tengah mengandung lagi.haha). Aku tanya lah dia, normal ke rasa macam ni, ke aku sorang je yang rasa macam tu. Dia pun jawab “haaa tu tanda kepala dah kat bawah sangat dah tu, kepala baby cucuk2 rahim”. Aku pun macam “yekeeeeeee” haha. Happy lah kononnya, dok bayang mungkin esok atau lusa aku bersalin.kahkah. 2 hari aku rasa macamtu, tapi esok lusa tu tak bersalin pun. Gggrrrr… Mungkin sign je lah kan. 

28/4/2015 (Selasa)
40 weeks ++ (Almost 41 weeks)

Masa ni boleh aku katakan hari-hari aku tanya suami, “bilalaaaaahhh sayang nak bersalin nihh”.
Masa date 28/4/2015 ni aku dah start rasa sakit-sakit. Sebenarnya aku start rasa sakit malam 27/4/2015 (isnin) tu. Sepanjang malam tu aku mengadu dekat husband cakap sakit sangatt, sampaikan aku set contraction timer tu nak confirmkan rasa sakit ni kerap ke tidak datang. Memang aku tak tido malam tu, dapat tido-tido ayam je. Suami duduk sebelah aku hulurkan tangan, kasi aku genggam bila tiap kali “contraction” tu datang. Suami je lah orang yang boleh menenangkan aku waktu sakit selain daripada baca selawat dan zikir. 

Husband tanya tengah pagi tu, nak pegi hospital ke. Aku cakap takyah sebab takut ni sakit biasa je, tapi sebenarnya memang sakit. Aku cakap, tunggu pagi esok je, kalau tak boleh tahan baru kita pegi. Lagipun, next check up aku dekat PPUM hari Rabu, sayang pulak nak pegi hari Selasa. haha. 

Pagi 28hb tu, aku dah start rasa pelik. Sakit bersambung lagi dan aku terus ajak husband jom lahhh kita pegii check. Dah lah tak pernah rasa sakit bersalin normal, takut ape-ape jadi pulak kang. Terus pegi PPUM. Masa dalam kete, sempat lagi aku tanya suami “abanggg, kang kalau nurse tanya kenapa datang, sayang nak jawab ape eh” haha. Aku cukup failed bila nak menjawab soalan-soalan yang orang akan tanya aku, terpinga-pinga. 

Sampai-sampai je PPUM, aku pegi kaunter register PPUM tu, aku buat-buat lah muka letih sikit and tak bermaya. Nak tunjuk lah sikit yang aku ni betul2 sakit, sebabnya selalu kalau aku sakit orang tak percaya!! haha. Aku cakap dengan akak dengan kaunter tu

Aku :  akak, saya nak jumpa doctor hari ni boleh tak, patutnya next check up saya esok?
Akak kaunter : oooo kenapa ye nak jumpa?
Aku : Sebab semalaman semalam saya rasa sakit sangat-sangat, sakit kerap. Rasa macam contractions. 
Akak kaunter : Ok boleh, lagipun awak dah overdue ni, patut kena admit terus
Aku : (Perrrghhhh berdebo dengar bila dia cakap macamtu)

Akak kaunter tu terus call nurse dekat atas cakap yang ada sorang patient ni dah overdue/postdate, dah start rasa sakit-sakit. Nurse tu suruh refer naik level atas untuk buat CTG. CTG ni kalau tak silap aku ialah untuk kira kadar degupan jantung baby dan kira kekerapan contractions baby. CTG ni mesin yang diorang pasangkan wayar-wayar berselirat dekat perut and akan keluarkan kertas panjang-panjang tunjukkan graf pergerakan baby.

Aku pun terus naik level atas nak test CTG. Sampai-sampai je, tak sempat cakap ape lagi, nurse dah suruh tanggalkan barang-barang kemas, tinggalkan phone dalam bag bagi dekat suami dan hulur baju uniform pink comel tu. Perghh, dalam hati aku dah rasa macam suspens gile. Bukannya nak admit lagi, tapi dah suruh siap-siap tukar baju pink tu. Aku pun pegi lah tukar baju pink and baring untuk test CTG. Doctor pun datang ambil details semua and dia pun lakukan aktiviti wajib dia iaitu “seluk” bawah tu nak tengok berapa cm bukaan dah bukak. Check-check baru 1-2cm. haha which is sikit je baru. Patutnya kalau bukaan yang sikit ni doctor suruh balik dulu jalan-jalan, tapi sebabkan graf aku ada pergerakan baby yang dah lemah, lepastu aktif balik, terus dia suruh admit. Aku pun admit lahh petang tu ~

Selalu orang akan tanya, sakit tak rasa kena “seluk” untuk check bukaan? 
bahasa kasarnya seluk lah, bahasa sopannya aku tak tau. haha

-Bagi aku, tak sakit. Sakit tu akan rasa sama ada doctor yang check tu dia buat kasar dan ganas. Kau takkan rasa sakit bila tiap kali doctor nak seluk, kau cepat-cepat tarik nafas dalam-dalam. Itu tipsnyaaaa ! InshaAllah tak rasa sakit. Kalau kau macam tak ready, buat bodo je time kena seluk tu, nanti sakit dia macam sakit perut senak sampai nak keluar air mata. haha. tu bagi aku laaa.

ADMITVenue : Ward bersalin (post-natal), PPUMTime : 3.30 pm ………………………………………………………………………………………..

Masa ni baru je admit, hari yang sama. Masa ni, doctor dah cakap, kalau bukaan tak bukak-bukak, dia tanya “saya masukkan ubat nak tak, kita paksa baby keluar”. Ataupun senang cerita, INDUCE. Kalau boleh aku taknak induce, nak keluar natural dan datang sendiri rasa sakit tu. Pastu aku cakap taknakkk. Doctor senyum je, tapi masa tu aku dah cakap dengan husband bosannya dah admit, baik tunggu dekat rumah je. Dia pun jawab “sabar lahh sayanggg, tak lama je lagi tu” . Aku bajet-bajet, kalau bukaan yang baru 1cm, mau 3-4 hari lagi baru baby keluar.
Lepas habis waktu melawat pukul 8 malam, suami pun balik. Aku tinggal sorang-sorang. haha sedih gilerr masa ni. Aku pun bukak lah handset, bukak ayat-ayat atau surah yang boleh baca. Sekali ada sorang nurse ni datang nak check degupan jantung baby and blood pressure. Dia tanya kat aku macamni, nada macam boleh tahan kekwat jugak.haha. 
Nurse : awak kenapa masuk sinii?Aku : sebab saya dah start rasa sakit-sakit malam tadi.Nurse : doctor cakap bukaan awak berapa cm?Aku : baru 1 cmNurse : Habistu, awak tak geti-geti nak pegi jalan-jalan dekat luar ward? Ni baring jeeee atas katil bersenang-lenang. Kita admitkan awak dekat ward ni bukan untuk suruh awak baring je, lainlahh kalau awak ada sakit apa-apa. Sekarang ni bukaan awak dah lah baru 1cm, kalau awak baring je tak buat apa-apa macam mana nak rasa sakit. Kita admitkan awak dekat sini sebab nak bagi awak sakit! *bentak nurse tu*. (Aku rasa sentap gile wehhh masa ni, mujur air mata tak keluar. haha. Masa ni aku dah tak hirau dah apa nurse nak cakap, sebab aku dah tanam perasaan “tahan-maki” dan “tebal-telinga” sebelum masuk sini. haha. Lagipun aku excited kot nak jumpa babyyy nak keluar)Aku : Owhhh boleh eh jalan-jalan dekat luar ward? (kahkah boleh lagi aku tanya dia soalan ni)Nurse : Hahhh bolehh laaa (siap jeling aku tauu.haha)
Aku pun siap-siap la pakai tudung. Sadisnya aku kena jalan sorang-sorang. Daripada pukul 8.30pm-9.30pm sejam macamtu aku jalan-jalan mundar-mandir macam orang takde hala arah tuju. haha. Dah la sunyi kat situ, aku jalan je slow-slow, patah balik, pastu jalan lagi sampailah tercungap penat. Masa ni aku siap cakap dalam hati, “takkan laa jalan sejam macamni bukaan boleh bukak, mustahil betul”, bisik Si Irine yang cakap besar tu. haha
Pukul 9.30pm aku masuk bilik lari carik katil. Letih mencungappp. Tak larat dah nak jalan. Main-main handset sambil baring lepastu dah nak pukul 11 lebih dah start mengantuk. Aku cuba nak tidur, memang mengantuk sangat tapi tiba-tiba aku rasa CONTRACTION yang betul-betul real punya sakit. Kali ni bukan false contraction lagi dah. kali ni rasa contraction dia macam 10x ganda period pain. Eh bukan 10x ganda, tapi 20x ganda. huuuu. Rasa sakit ni berlarutan sampai ke subuh. Dari pukul 12 pagi sampai Subuh. 3x aku tekan button merah dekat katil panggil nurse datang. Nurse datang tanya kenapa aku cakap sakit sangat2. Nurse cakap sabar je ok. Perghhh, tu je jawab. Kakak dekat sebelah katil aku dia baru lepas bersalin, kejap-kejap dia tinjau aku. Pastu sempat lagi interview aku macam-macam. Aku pon layan je lahh dengan harapan taknak layan sakit ni, tapi takk bolehhhhhhhhhh. Bayangkan daripada pukul 12 pagi sampai ke Subuh, suara aku je berkumandang sebut “Allah…Allah..Allah..Allah” sambil pegang besi katil. Perkataan lain dah tak keluar dah masa ni. Sempat jugak aku bukak Youtube, bukak Zikir dan Doa Nabi Yunus. Memang tenang jugak masa ni. Mulut aku terkumat-kamit ikut sambil air mata tak henti-henti turun sebab sedih terbayang banyak sangat dosa, setimpal dengan sakit aku tengah alami masa tu :'(

Bila nurse tengok aku dah start sakit sangat, dia pun panggil doctor datang, masa tu pukul 4 pagi.
Time : 4 pagi (29/4/2015) 
Doctor datang. Datang untuk “seluk” bukaan”. Malangnya, doctor cakap “takde bukaan lah dikk”. Aku masa tu dengar rasa macam nak gugur jantung. Dah lah sakit tak dapat digambarkan semalaman, bila check-check doctor cakap takde bukaan! Rasa macam satu tamparan hebat weh!! haha. Aku sambung tidur sampai Subuh, tapi tak dapat sebab sakit. Terlena dan tido-tido ayam dan kena kejut dengan nurse suruh bangun solat Subuh. Aku pun terus siap-siap ambil wuduk nak get ready solat Subuh. Jujur aku cakap, masa ni aku dah tak larat sangat, aku plan nak solat duduk, tapi paksa diri solat berdiri sebab nak sujud lama-lama dekat sejadah. Sempat buat solat hajat sekali. Solat sambil ditemani air mata mengalir berjurai-jurai. Nurse datang check lagi blood pressure, dia cakap “pagi kang pukul 8 pagi doctor datang, kita akan induce awak”. Aku terdiam je sambil tahan sakit. Dalam hati aku doa banyak-banyak cepatlahhhh bukaaan ni bukak, ada masa sejam je lagi ni sementara doctor nak check pukul 8 pagi kang.

Time : 8 pagi (29/4/2015) Doctor datang. datang untuk “seluk” sekali lagi. Masa ni aku dah tak rasa dah doctor seluk tu sakit. Bagi aku, seluk tu tak sakit sebab dah menanggung contraction yang lagi sakit dari tu. Sebenarnya, tiap kali aku sakit, aku simpan and ingat ayat ni “enjoy the pain” and “setiap sakit yang kita tanggung tu penghapus dan segala dosa-dosa kita akan gugur”. Benda ni yang buat aku bertahan dan kuat. Besar pahala seorang perempuan dapat tanggung semua kesakitan ni. Aku boleh cakap yang aku bangga sangat-sangat sebab terpilih untuk “rasa” sakit ni. Semua orang mengalaminya and kenapa mak2 kita boleh bersalin ramai-ramai and diorang boleh hadapi semua tu kan? 
Masa ni, aku macam redha gilerrr. Aku menangis masa ni. Air mata je peneman aku time ni. Aku cakap dengan doctor, “tadi ada doctor ada datang check bukaan masa pukul 4 pagi, tapi takde bukaan pun dia cakap, still 1 cm. Tapi doctor, saya dah sakit sangat-sangat, tanda-tanda air ketuban pecah atau turun darah satu pun takde”.  Doctor pun just angguk and cuba check bukaan and yang suprisenya terus dia cakap “ni bukaan dah bukak 4cm nihh, nurseeeee dah boleh siap-siap tolak patient ni masuk labour room yaa”. Aku macam “errrrrrrr” *terdiam terus and nangislahhh!! nangis tanda happy akhirnyaa bukaan bukak and get ready tolak labour room. Tak sangka dalam masa sejam, bukaan boleh bukak. Allah makbulkan doa aku, syukur sangat-sangat. Last minute, kalau tak kena induce. Sempat lagi call husband cakap yang aku nak masuk labour room dah, handset tinggal dalam bag, apa-apa jumpa lepas bersalin nanti. Sempat jugak aku wassap dalam group family, cakap dengan family minta doakan aku dipermudahkan nak bersalin. hihi. Nurse suruh kemas-kemas bag and naik wheel chair nak tolak naik labour room. Masa ni rupa aku dah macam zombi yerrr. Menakutkan sungguh muka aku sebab mata dah bengkak, lapar nya satu hal. Terlupa nak bawak kurma dengan air zam-zam padahal dah masuk dalam list. huwaaaaaaaaaa! Please guys, nanti ingat siap-siap sebelum nak pegi hospital, bawak bekalan kurma dengan air zam-zam. Makanan untuk kasi kita energy time nak “berperang” nanti. hehe. Jangan jadi careless macam aku !! 


Venue : Labour room, PPUMTime : 8.30 pagi.  Masa ni 1st time masuk, lalu dan tengok suasana labour room. Banyak sangat bilik. Cantik-cantik pulak tu labour room PPUM ni. sempat lagi buat observation. kahkah! Terus tolak masuk bilik, sakit still rasa lagi. Masa dah baring atas katil labour room tu, doctor datang check. Bukaan dah bertambah 5cm. Aku lega~ Tiba-tiba aku rasa macam something, rasa macam ada sesuatu keluar dekat bawah. Aku agak mesti dah keluar tanda. Yess, akhirnya tanda2 yang aku tunggu dah keluar. haha. Rupa-rupanya dah start keluar tanda turun darah. Keluar masa bukaan 5cm dekat labour room. 



Episod “klimaks” seterusnya aku sambung next entry. Otak aku dah beku type entry panjang ni weh. haha.



p/s : Segala isi cerita dalam entry ni, apa yang saya alami, anggaplah yang setiap orang rasa sakit dia berbeza-beza. Tak sama. Yes tak sama langsung! Sakit bersalin ni rezeki masing-masing dan ingat je satu perkara yang segala kesakitan tu penghapus dosa-dosa dan jihad kecil kita..Sakit yes memang sakit, tapi once dah nampak baby keluar, automatic hilang semua sakit-sakit daripada 9 bulan mengandung sampailahhhhhhh time bersalin 🙂 Beruntung sangat semua wanita. InshaAllah tak serik nak bersalin normal lagi. Wahh. haha. 


To be continued Part 2