About Me

Siapa Irine Nadia?

Assalamualaikum. 
Hye, especially kepada yang baru start baca blog ni, boleh berkenalan dengan aku dulu sebelum baca blog.. Ecewah. haha. Boleh panggil aku Irine.
 
I’m a blogger since 2nd September 2008. Lama jugak lah. Hampir 8 tahun. Boleh panggil aku blogger veteren kot. haha. Kira aku buat blog ni time dunia blog tengah nak naik, masa tu waktu best sangat dunia blog but now dunia blog dah berubah. Entry post dalam blog ni sebenarnya ada 500++ lebih entry, tapi aku dah banyak delete dan tapis-tapis jadilah sikit 100 lebih je. Aku plan nak stop berblog, tapi rasa macam tak boleh sebab dunia blog ni macam dah sebati dalam hidup aku. Aku ni suka bercerita. Merepek merapu meraban semua aku nak cerita. Aku start berblog masa aku tingkatan 3 lagi. Orang dok sebok nak exam PMR, aku sebok create blog.haha.

I’m just 22 years old. Setakat ni ada seorang suami (haha) dan seorang baby girl and coming soon seorang lagi khalifah nak keluar. Baby bump tak nampak lagi setakat ni, cuma yang nampak ketara lemak je. Jadi, jangan tertipu kalau jumpa di mana-mana nampak perutku tembam semacam ok? haha. Aku study course Business, bidang aku daripada Masscomm aku tukar ke Business. Sebab ape aku tukar? Hermm..sebab aku tak rasa diri aku sesuai dengan dunia Masscomm kot. Dulu yelahh, aku plan nak jadi wartawan atau penulis (kononnya..lalala~). Jadi, aku decide tukar ke bidang yang mana aku boleh survive in future. Dan Alhamdulillah, atas berkat doa mak ayah dan suami, tak lama lagi angan-angan aku untuk bukak butik kepunyaan sendiri akan dibuka. Butik Fiska dekat Shah Alam. Nama butik tu aku dan husband pilih sebab nama anak 1st kitorang Fiska Medina. InshaAllah hujung bulan 12 atau awal tahun bulan 1 akan dibuka. Sekarang ni tengah renovate butik lagi. 

ku kawen masa umur 20 nak masuk 21 tahun. Suami tak sebaya, kitorang beza banyak, tapi dia tua lagi.kahhhkah.. Ramai ingat sebaya. Cisss, macam aku tua sangat –‘ Setahun lepas tu, kitorang dapat baby.hehe. Kira awal la jugak kawen. Dekat blog ni jugak, entry yang lama-lama korang boleh baca macam mana ayah aku bagi kebenaran untuk kawen awal. Pelik ajaib jugak. Tapi jodoh kan. And yang penting, pleaseeee korang jangan bandingkan kehidupan kau dengan kehidupan orang lain kenapa tak sama. Memang tak sama 🙂 Sebab masing2 punya kehidupan ada keistimewaannya masing-masing. Ajal, jodoh dan maut semua ketentuan yang dah Allah tetapkan untuk kita.

So, nahhhhh, ni lah hidup aku.Yang mana prinsip aku daripada dulu lagi aku pegang sejak zaman sekolah “kawan yang paling rapat dan boleh dipercayai dalam hidup kita ialah suami dan anak-anak kita je in future”. Tu lah prinsip aku. Keluarga segala-galanya. 
Last but not least, 
enjoy your reading! Aku harap blog aku banyak bagi tips dekat pembaca. 
terimalah aku seadanyaaaa~ Aiiii..sedeh je bunyik.haha.

Mmuah!!