List keperluan baby (newbo

Assalamualaikum. Tajuk macam tak boleh nak poyo lagi. hehe. Dalam banyak-banyak entry nak buat, entry kali ni paling excited nak type. Yelaaaa, dulu selalu tengok mummy to be yang lain busy update checklist keperluan baby. Tapi masa tu baca pon gitu-gitu je sebab belum sampai masanya lagi nak beli. Haaaa sekarang ni, gigih buat checklist nak beli ape laaa tu laaa. Pening rupa-rupanya @__@ Nak-nak ni adalah 1st pengalaman mengandung dan 1st baby. Haruslah excited dan haruslah semua barang-barang baruuu.hihi.  
Sekarang ni masih dalam proses kumpulkan info barang apa nak beli and yang betul-betul penting untuk baby lahir nanti. Kalau nak diikutkan semua benda nak beli. Tapi, biasalaaa kena fikir betul-betul nak beli barang apa je yang betul2 penting sebab baju-baju baby yang cinonet tu ponnnn sekarang mahal.Lagi mahal daripada baju orang dewasa ni. 
Suami pun memang dah cakap awal-awal, beli barang-barang baby boleh start masa kandungan 7-8 bulan. Dah boleh start dah ni.Yeayy. Puas tunggu.  Dengan preparation yang ala-ala suam kuku ni, hari-hari berdoa supaya janganlah bersalin awal. Ye rrr, kang maunya tak sempat nak beli barang apa-apa. Tapi dalam senyap-senyap, berjaya jugak rembat beli sikit-sikit macam bedung, tilam bayi, baju-baju bayi (2-3 helai je dulu sebab nak tgu ekspo baby bulan 4 dengan bulan 5 ni..hihi).



Sekarang 🙂 58 kg daripada 53 kg.
Ok laaa tu nampak jugak perubahan nombor yang naik. huhu.


So, seperti yang dijanjikan, nillah antara barang-barang keperluan yang Irine refer dekat blog-blog mummy to be yang lain. Copy paste terus kt blog diorang untuk buat refer. Korang nak refer pon takde hal.Yang penting ingat satu je, beli ikut keperluan bukan kehendak ok! (geli je nasihatkan orang, tapi diri sendiri pon banyak yang beli lebih kepada kehendak..wakaka).
Baby [PAKAIAN]

1- Baju harian @ siang-baju seluar pendek dan lengan pendek..baju lubang2..dan singlet jugak
2- Baju malam @ tidur-baju malam selalu nyer beli lengan panjang dan seluar panjang 3- Romper dan Jumpsuit4- Baju jalan2
5-Mittens & Booties-yang ni kalau boleh beli lebih sikit sebab baby baru lahir ni kena pakai byk sarung tangan dengan stokin kaki.
6- Bonnet @ topi7-Sapu Tangan– beli yg 100% cotton supaya kulit baby tak melecet.. 8- Bib– mula-mula rasa macam taknak beli, tapi tengok ada baby yang minum pakai botol dan susu meleleh2 kene baju..jadi terus rasa tu salah satu keperluan jugak kot. . 9- Barut-yang ni penting untuk baby. 10- Bedung– haaa yang ni banyak gilaaaa beli! haha. taktaulah kenapa, maybe sebab rasa comel sangat. Harap2 nanti baby nak laa kena bedung.


Diapering
1-Napkin– dah terbeli sebenarnya brand Pureen. beli 1 pack je, kalau guna pon mungkin untuk bedungkan baby je atau sebagai backup.

2-Diapers @ Lampin pakai buang– setakat ni survey-survey ramai yang suggestkan beli brand Mamy Poko atau Pet-Pet. Ramai yang cadangkan beli lebih sikit sebab baby awal-awal banyak kali “poopoo”.hehe. Tunggu masa ekspo baby nantilah nak borong , murah sikit. 3-Wet Tissue
4-Changing mat– untuk lapik kat tilam baby supaye tilam tak mudah kotor biler baby u’uk atau tetiber terkencing mase bukak baju dia.
5-Baldi dan bakul untuk Lampin/baju kotor6-Detergent khas pencuci baju

Baby Care dan Grooming1-Bedak Bayi
2 Losyen Bayi3 Minyak Bayi (Baby Oil) -jenama Johnson&Johnson
4-Putik Kapas (Cotton Bud)
5-Pengepit Kuku (Nail Clipper) – beli khas kecik tuk baby.. 6-Minyak Telon-nak beli minyak yuu yee sebelum ni..tapi ade dengar minyak tu tak halal..biler kite was was kite tak ley guna..jadi nak carik minyak telon pulak
7-cotton ball
8-Nappy Cream-beli kot2 montot baby nanti tak sesuai pakai diapers dan tumbuh ruam

Nursering [keperluan tidur baby]1-Set Tilam2-Baby Cot-tak beli lagi sebab suami cakap bulan depan baru beli.Yeayyy! dah survey and dah ada yang berkenan di hati :’D
3-Kelambu[mosquito net


Feeding 1-Botol dan puting susu saiz S – maybe akan beli jenis Tommee Tippee 2-Bottle Sterilizer
3-Berus Pembersih Botol4- Penyepit Botol
5- Nipple Cream
6-Nursing Pad Washable
7- Nursing Pad Disposal
8-Breast Pump– -belum beli lagi. Plan nak beli dekat ekspo baby nanti. Dalam hati dah berniat awal-awal nak beli jenis Medela Freestyle, puas dok berperang dengan suami sebab dia cakap mahal sangat.haha. Tapi takpe, masih dalam proses menggoda dia supaya beli jugakk. Tak kira, tak kira.  9-Cooler set bag [Storage Bottle dan Ice gel]10-Nursing Pillow– yang ni dah beli masa kandungan 3 bulan aritu sebab keperluan tiap-tiap malam nak tido lapik bawah perut dengan bahagian pinggang. So nanti baby dah keluar boleh lah guna balik time nak breastfeed baby.
11-Nursing Bra
12-Termos


Travel1-Beg Baby
2-Baby Warmer for Bottle-warmer ni penting tuk cairkan storage susu yang sejuk beku baru keluar dari peti ais.ade orang suker rendam pakai air suam jer..
3-Baby carier
4-Stroller– maybe akan beli selepas bersalin nanti.
5-Nursing cover-senang kalau kene BF kat public.boleh cover.
6-Car seat

Bathing

1 Tuala baby
2 Besen Mandi[Bath Tub
3 Toiletries set
Keperluan berpantang
1 Set jamu
2 Tungku
3 Tuam/tungku baby-ramai yang cadangkan beli tungku atau tuam baby ni untuk kembung perut
4 Baju sejuk
5 Kain batik-mintak kat mak je sebab mak ialah peminat tegar kain batik! haha.
6 Stokin
7 Nursing bra
8 Maternity Pad
9 Tuala mandi
10 Breast pad
11 Tukang urut
12 Bengkung
13 Air Zam-zam / selusuh

Extra
1 Penyangkut Baju Berklip
2 Mainan baby
3 Penyangkut Kecil (untuk sarung tangan + kaki)
4 Hanger
5 Almari laci baby-untuk pakaian dan keperluan baby


Ok tu je, lain-lain kalau ada adik bradik yang bermurah hati bagi baju anak2 diorang yg still cantik, tu dianggap bonus dan rezeki baby dalam perut la. hehe.

Good luck mummies!