Persediaan Car Seat Tahun 2020 Untuk Anak-Anak

Assalamualaikum & hye! Bulan lepas menjadi isu agak hangat tentang undang-undang dari kerajaan untuk pemasangan carseat diwajibkan pada tahun depan 2020. Untuk Irine sendiri sebagai salah seorang ibu, ambil perkara ni sebagai sesuatu yang positive secara tak langsung nak menjamin keselamatan anak-anak dalam kereta ketika kami bergerak ke mana-mana menuju ke suatu destinasi. 
Bagi Irine sendiri, anak-anak ni adalah satu amanah dan tanggungjawab dalam kehidupan kami sekeluarga.  Mungkin orang luar tak pernah bayang macam mana laa kan keadaan kami yang mempunyai 4 orang yang masih kecil (6 tahun, 4 tahun, 3 tahun dan 1 tahun) ketika masuk sahaja dalam kereta, apa yang anak-anak akan lakukan.Behave kah mereka? atau masing-masing sedang memanjat? Melompat kah? Tak geti duduk diam kah? Menuju ke seat penumpang depan kah? Tergolek-golek dekat belakang kah? 
Herm…itulah yang terjadi dalam keluarga Irine sendiri sebelum Irine dan suami wajibkan pemasangan carseat terhadap anak-anak. Pernah situasi kami nak balik kampung dari Shah Alam ke Perlis yang memakan masa 7-8 jam, sebabkan takde carseat, anak dengan selamba nya nak duduk berkepit jugak dengan ayah dia sambil drive ke arah utara. Betapa bahaya dan risikonya perbuatan macamtu. Ini antara salah satu usaha dan inisiatif Irine dan suami untuk elakkan apa-apa yang tak diingini terjadi pada anak-anak. 
Yang Irine ni pula, memang akan sentiasa pangku dan ribakan anak dengan Irine di seat penumpang depan. Selain dari bahaya kalau apa-apa terjadi, Irine sendiri sentiasa mengadu dekat suami tak larat sakit-sakit badan nak riba anak dekat seat depan. Suami pun tak boleh nak buat apa. Rupanya jalan penyelesaian semua ni adalah dengan disiplinkan anak dengan duduk di carseat masing-masing. Cara ni secara tak langsung dapat melatih anak untuk menjadi lebih berdisiplin dan berdikari.

Soalan yang ramai yang bertanyakan pada Irine, 
“kalau dah pasang carseat 4 bijik dalam kereta, Irine duduk mana?” Irine ni penduduk tak tetap.haha. Boleh jadi duduk depan, boleh jadi duduk dekat belakang dengan anak-anak. Jujurnya Irine lebih suka duduk belakang dengan anak-anak sebab boleh perhatikan keempat-empat anak Irine. Seronok sangat sebab time ni lah Irine boleh borak-borak dengan anak-anak. Anak-anak pun memang kejap cerita tu lah, kejap cerita ni lah. Ada je benda nak mengadu. Bonding time la kiranya. Suami pun dapat focus bila nak bawak kereta, takde sape nak ganggu. Kalau dulu? Huhhhh….*mengeluh kesal*
Sebenarnya bila Irine teman diorang dekat belakang, waktu-waktu ni dalam tempoh nak pastikan mereka dalam situasi bertenang duduk dalam carseat. Agak-agak semua dah ok dan sampai 4-4 dah tertidur dalam carseat, barulah Irine akan berpindah ke seat depan teman husband. Perasaan yang tak dapat kami nak describekan bila pergi mana-mana, keempat-empat anak sedang nyenyak tidur dalam carseat masing-masing, ibu ayah dapat dating dekat depan tanpa sebarang kewujudan orang ketiga. kihkih. 

Keadaan kami dalam kereta. Full House! hihihi.  Kalau ikutkan manual book, inshaAllah paling max pun boleh lagi pasang 2 carseat. Total 6 buah carseat dlm ni.Tapi tuh in future punya cerita lah.haha. Takde niat untuk menambah anak lagi pada waktu sekarang.haha. 

Untuk carseat ni Irine lebih prefer walk in terus ke kedai untuk lebih faham tentang cara nak install dalam kereta. Jujurnya Irine kalau bab-bab nak pasang carseat ni, Irine lah paling cerewet. Sebab kena teliti betul-betul. Beza dengan dulu. Dulu mana ada check sangat harness kena kemas, berbelit ke tak, longgar ke tak, shoulder belt betul ke tak dengan paras bahu anak,adjust headrest, kedudukan lapbelt, eh macam-macam lah. Ibu bab-bab macamni akan minta ayah yang akan ajarkan dekat ibu. Memang dia ajar banyak kali. Then ibu applykan, lama-lama pandai. 

Ok Irine senaraikan dulu jenis carseat yang Irine guna ya? Kot-kot ada yang nak refer dan survey untuk anak-anak. 
1st : Kak Nina (umur 6 tahun)Model name – Joie Trillo LX Ember – jenis boosterUsage – From 15kg – 36kg2nd & 3rd : Hasya & Umar guna sama model (umur 4 tahun & 3 tahun)Model name – Joie Verso Ember Usage – From Newborn – 36kg (newborn until 18kg need to rear facing, then forward facing change to booster mode)4th : Baby HudModel name – Joie i-Spin 360 Merlot Usage – From Newborn – 18kg 
Keempat-empat carseat Irine pilih Joie. Anak-anak pun selesa dengan carseat jenis ni and masa awal-awal fitting pun anak-anak happy.hehe.

Untuk seat kedua, Irine letak Umar dengan baby Hud. Seat tengah tu Irine lipatkan boleh letak apa-apa barang. Kalau kitorang rajin, seat tengah tu kitorang cabutkan je letak dekat rumah. So tengah-tengah ni jadi laluan la untuk mundar mandir. Kalau seat lipat, Irine ni panjat je lah nak keluar atau pegi ke depan.haha. 

View Irine dari belakang boleh pandang kesemua anak-anak Irine.hehe. 

Hasya seat belakang sekali dengan Kak Nina. Hasya guna model jenis sama macam Umar  Model name – Joie Verso Ember. (Boleh rear facing until 18kg) Hasya memang sentiasa dengan spect dia.haha. Dia memang all the time kalau nak keluar pergi mana-mana setia dengan spect dia.hehe. Satu sebab dia tak suka panas, satu lagi sebab dia MALU TAKNAK PANDANG ORANG.haha.

Hasya dengan Umar, Irine masih guna posisi REAR FACING. Untuk carseat model jenis ni, boleh guna rear facing sampai berat 18kg. Both of them belum cecah 18kg lagi. Bila Irine buat research, kedudukan rear facing adalah lagi selamat berbanding forword facing. Baby Hud pun Irine akan letak dalam keadaan rear facing sampai 18kg. Sebab tu Irine pilih car seat Joie sebab dia boleh rear facing sampai 18kg. 

Soalan paling famous dari kalangan kawan-kawan :-
“Tak sakit ke kaki Hasya dengan Umar kena hadap macamtu? Kesiannya tengokkk” Secara jujurnya, diorang tak pernah complain pun kaki diorang lenguh sebab lagi selesa duduk dalam keadaan rear facing. Kalau forword facing lagilahhhh lenguh kaki sebab kaki akan tergantung dan terjuntai. Setakat harini Alhamdulillah anak-anak suka sangat dalam keadaan macam ni. Irine pun lega sebab mereka semua buckle up dalam car seat masing-masing. 

“Dalam 4-4 anak ni, siapa yang paling “ber” drama setiap kali nak masuk car seat?”
Irine boleh katakan Hasya dengan Umar yang akan ambil masa sikit untuk masuk car seat. haha.Diorang ni memang akal sama, yelahh beza umur pun tak jauh, sorang 4 tahun, sorang lagi tu 3 tahun. Umar ni dia selalu reka-reka cerita yang dia ada “darah”. Darah apa pun tak tau. Konon-konon macam kaki dia darah la, tak pun tangan. Sengaja je create something sebab apa? sebab nak lepas dari car seat. Nak suruh ayah ibu lepaskan dia.haha. See? Bijak-bijak. Tapi kami tak terpedaya pun, tau tipu helah dia.heheh. 

Tapi kejap tu je mulut dia bising, lama-lama tu dia tidur dengan penuh nyenyaknya.  Ibu suka tengok view macamni. Lagi-lagi kalau Umar yang tidur.haha. Senyap satu kereta.kihkih.

Ni view ibu kalau ibu duduk depan. Umar tengah tidur masa ni.

Ini pula baby Hud. Baby Hud Alhamdulillah paling takde masalah duduk car seat dia. Memang empuk sangat car seat Joie dia ni. Kalau lah ibu bersize kecil, dah lama ibu nak duduk car seat jugak. Hud punya car seat ni boleh pusing 360. Memang mudah sangat nak handle. Hud kalau setiap kali naik kereta memang dia akan tidur. Jarang la dia buat masalah. Senyap jeee dok belakang. 

Kadang tak sampai hati nak angkat dia dari car seat. Lena sangat dia tidur. Syukur sangat sebab ibu tak perlu pun nak riba anak duduk dekat depan dengan ibu. Ibu pun boleh berehat duduk dekat depan.  Kalau anak-anak sebelum ni masa diorang baby mesti irine riba. Kalau la ibu boleh undur balik masa……..Jadi pesanan Irine untuk pembaca blog Irine, pakaikanlah anak dengan car seat ya. InshaAllah bukan anak-anak je selesa, parents pun akan selesa. 

Baby Hud 100%  behave! 
Tips yang Irine boleh kongsi serba sedikit bagi parents yang nak pakaikan car seat untuk anak :-

  • SABAR LAH! Sabar la dengan kerenah anak-anak. Semua ni proses makan masa juga untuk diorang lebih faham yang diorang perlu duduk dan buckle up dalam car seat masing-masing. 
  • Rajin-rajin kan lah berhenti di mana-mana perhentian. Kita pun kalau duduk dalam kereta lama-lama pun bontot rasa kematu kan? Inikan pulak budak-budak. Jadi bila kita berhenti mana-mana, bawak keluar anak-anak dan bagi diorang regangkan badan. relax-relax kan badan. Dah ok semua, dah tenang, baru  mulakan balik perjalanan. 
  • Pastikan anak-anak kenyang makan dan kenyang susu. Anak-anak meragam dalam car seat selalunya sebab lapar. Ni untuk anak Irine lah.haha. Diorang akan senyap bila perut kenyang je ataupun kalau ada makanan depan mata. Dah kenyang, tidur la masing-masing dengan selesa.Untuk baby yang masih breastfeed, boleh berhenti dekat mana-mana untuk susukan dulu. Dah kenyang atau tidur, boleh sambung semula perjalanan.
  • Boleh juga bagi apa-apa soft toys (yang tak tajam yer) untuk anak lali-lali main atau peluk.Untuk Kak Nina, Irine bagi dia buku cerita. 
  • Kemudian jangan lupa sentiasa check suhu aircond dalam kereta. Boleh jadi anak tak selesa dalam carseat disebabkan aircond terlalu sejuk atau panas. Macam anak-anak ibu yang dah besar tu, kalau dah lama sikit berjalan dalam kereta diorang mengadu sejuk suruh tutup lubang aircond/slowkan👍🏻 Kalau yg baby x pandai mengadu lagi tu, boleh pantau aircond berfungsi dgn baik or tak. 

Bila dikenang-kenang semula, bukan mudah untuk sampai ke tahap sekarang ni. Anak pertama Irine akui memang beli carseat, tapi tak pakaikan betul-betul. Orang kata tak istiqomahhh. Last-last jual semula carseat as pre loved. Anak kedua, ketiga pun sama. Beli tapi pakai sekejap then pre loved. Mungkin sebab takde sokongan betul-betul. Bab-bab barang keperluan baby ni, memang Irine yang akan lebih uruskan juga titik beratkan. 
Eh eh tau-tau je dah sampai kotak besar carseat dekat rumah. Husband pulak terpinga-pinga apa lah yang wife dia belikan ni. Carseat dah jenis elok, tapi cara pemasangan, kedudukan anak semua tak berapa betul. Orang kata knowledge tu kurang la. Pernah jugak pasang carseat dekat seat depan tempat penumpang and dulu tak tau pun sebenarnya cara tu salah sebab ada airbag, bahaya kalau jadi apa-apa airbag boleh hentam carseat. 
Pemasangan carseat ni kena both husband and wife support each other. Dia tak boleh salah sorang je setuju. Selalunya wife lah yang akan kumpul info dan terangkan pada husband kepentingan carseat ni. Dan paling penting, hati kena betul-betul kental. Biarlah anak tu bising, mengamuk, merengek macam mana pun, tu fasa permulaaan je. Kalau anda pernah terdetik berkata “anak saya tak boleh duduk carseat, dia mengamuk, melalak tak henti-henti, sampai muntah-muntah menangis”.
Bayangkan kami hadap 4 jenis ragam anak yang berbeza. Hehe. Semua tragedi menangis sampai muntah-muntah, sampai tersedu sedan, bingit satu kereta, semua kami dah hadapi dulu. Jangan cakap tak boleh nak hadap, tapi kena paksa diri HADAP situasi ni juga sebab kita akan rasa susah pada awal sahaja, lama-lama diri sendiri akan rasa lega sebab anak dah terbiasa dengan pemakaian carseat dalam kereta. 

But now Alhamdulillah😀 
Biarlah orang cakap ibu garang macam singa sekalipun, janji anak-anak duduk dekat carseat masing-masing setiap kali nak bergerak ke mana-mana. 
Ibu tak mampu nak tengok situasi anak-anak dalam kereta terhuyung-hayang without carseat. Tanggungjawab yang diamanahkan. 
Sampaikan setiap kali nak naik kereta, ada satu perasaan “excited” dalam diri ni nak buckle up anak-anak walaupun tau ianya akan ambil masa sikit. Lagi-lagi 4 orang kena buckle up sorang-sorang. Belum gerak perjalanan lagi, dah lencun baju and berpeluh tau. Hehe.
Last but not least, bagi Irine dan suami, car seat ni ibarat investment untuk kami berdua terhadap anak-anak. Salah satu usaha dan ikhtiar kami untuk pastikan anak-anak selamat ketika berada dalam kereta. Iya betul, malang tidak berbau, tapi tindakan kita dituntut untuk berusaha, selebihnya urusan Allah. InshaAllah satu kesedaran untuk Irine jugak untuk anak yang seterusnya akan praktikkan car seat start daripada lahir keluar-keluar hospital.
Ok lah InshaAllah kalau ada apa-apa perkongsian lagi, Irine akan story kan dekat blog k? 
Enjoy Your Reading !