Senarai Keperluan Sekolah Buat Anak Darjah 1

Assalamualaikum & hye!
Rasa nervous pulak anak sulung tahun depan nak masuk darjah 1. Irine yakin mana-mana mak pun akan alami perasaan sama. Sedangkan anak masuk tadika pun berambu ayaq mata meleleh. Eleh mengaku je lah.haha. Sebab yang cakap ni pun macamtu jugak dulu.hehe
Ok back to topic, nak masuk sekolah darjah 1 dah tentu-tentu lah nak kena sediakan macam-macam keperluan untuk anak. Bukan dari segi perkara-perkara utama seperti yuran sekolah dan buku sekolah tapi keperluan yang kecik-kecik tu pun kena prepare siap-siap.
Cadangan Irine, beli lah keperluan itu semua sikit-sikit. At least takdelah kita sebagai ibu bapa rasa terbeban sangat kan? Itu baru anak sorang, tak masuk lagi adik beradik lain yang sekolah jugak.hehe. Tapi apa-apa pun kita focus kan dulu pada keperluan utama.

Harini setelkan part stationary. Beli stock sedozen siap-siap. Maklumlah, awal-awal masuk sekolah nanti ada laa adegan barang yang hilang, ada barang yang tertukar lah ape lah.  Bab-bab macamni boleh borong dekat Mydin ataupun kedai Eco. Kedai yang mur-mur dan boleh beli stock. Antara kedai yang korang boleh masukkan dalam list untuk setelkan keperluan anak-anak adalah :-

  • Mydin
  • Kedai Eco Rm2
  • Kedai Pakaian Hari-Hari

Tiga kedai ni saling berkaitan. Ikutlah masing-masing k? Tapi 3 ni antara kedai yang wajib buat sesi lawatan. Tepuk dada tanya selera. Kalau nak kedai mahal boleh, nak kedai yang biasa-biasa pun boleh tapi kualiti kain pun jenis elok punya tau. Bukan biashe-biashe.
Bab keperluan pakaian sekolah Irine takkan sentuh sebab untuk Kak Nina dia tak masuk sekolah kebangsaan and tak pakai baju sekolah color putih. Jadi nak tulis dalam blog ni pun takde pengalaman nak membeli kan sebab keperluan baju sekolah Kak Nina dan tudung semua dah beli siap-siap dekat sekolah dia nanti. Termasuklah dengan sekolah akan providekan jubah untuk kegunaan setiap hari Jumaat. Kak Nina kami masukkan ke Sekolah rendah Agama Tahfiz. Sekolah ni dah include sekali dengan sekolah waktu petang KAFA. Start pukul 8 pagi sampailah pukul 5.30pm. Kiranya full day lah dari pagi sampai petang. Mandi,makan, rehat/tidur semua dekat sekolah.

Irine mulakan dulu dengan keperluan alat tulis. Untuk keperluan alat tulis ni Irine sediakan storage box khas untuk simpan semua stock. Buh semua dalam ni, risau kalau adik-adik dia nampak dan jadi isu lain pulak nanti. Sebelum terjadi adegan ibu bertukar singa, baik lah ibu bertindak siap-siap macamni.hehe.
A) ALAT TULIS
✅Pensil Kayu 2B -Irine beli sedozen siap-siap. Ikut la masing-masing k? Yang ni irine tulis untuk Irine sendiri. 
✅Pemadam – Pemadam ni beli sedozen juga. Pemadam ni kalau tak jatuh bawah meja dan ghaib serta merta takkan sah. Sedangkan dalam rumah pun boleh tersesat pemadam, inikan pulak dekat sekolah.
✅Pengasah (orang kampung panggil pengorek,muahahha) -pengasah pensil ni beli je lah berapa-berapa pun. 
✅Pembaris -Ibu beli yang murah-murah je, tapi beli sedozen jugak. Alang-alang nampak depan mata dekat kedai borong Mydin, ibu belikan je terus.
✅Gunting -Gunting ibu beli 5 pcs size comel-comel je. Tak perlu gunting yang besar-besar. 
✅Gam -Ibu beli beberapa jenis gam. Satu jenis gam biasa tu dan satu lagi jenis stick. Ni pun ibu beli sedozen.haha. Dah macam nak hidu gam pulak.
✅Pensil color -Ibu beli 5 kotak size kecik-kecik 12 batang. 
✅ Pencil box -Ibu recycle je pencil box daripada tadika anak. Lagipun elok lagi and berlambak-lambat dekat rumah mengikut musim cartoon yang viral (Frozen, My little Poney, dan lain-lain.) huhu. Benda-benda macamni diriku berjimat sikit sebab nak beli untuk kakak, kena beli untuk adik-adik dia jugak.hehe.
✅File color-color  -file color-color ni beli dekat Mydin je. Beli yang jenis berzip dan lutsinar boleh nampak luar file tapi berwarna. Tujuan dia Irine beli sebab nak buat cara simpan buku mengikut sistem file.Setiap satu subjeck satu file dan setiap tu mengikut warna file berlainan. Benda ni bukan untuk memudahkan kerja anak je, tapi untuk memudahkan kerja ibu jugak nak buat spotcheck bag sekolah anak. Boleh simpan buku aktiviti sekolah dan buku tulis. Cara ni pun boleh train anak-anak dari awal supaya pandai jaga buku supaya tak koyak dan lunyai. Ikut la masing-masing yer? Yang ni pun irine dapat tips daripada kenalan Irine jugak.
✅Pembalut buku  -pembalut buku ni tak beli lagi tapi masuk dalam list siap-siap. Tak beli lagi sebab nak tunggu dapat kesemua buku sebab nak tengok size buku macam mana. Tak dapat nak agak size pembalut buku yang sesuai sebab kebanyakkan yang jual dekat kedai sekarang banyak jenis dan size. Ada jenis pembalut gulung dan ada jenis instant. Senang sangat sekarang ni. Beza dia kau kategori MALAS atau RAJIN saje.haha.
B) PAKAIAN
✅ Singlet -Singlet ni ibu beli dekat Mydin. Nak beli dekat kedai Pakaian Hari-Hari pun banyak dan murah-murah. Ibu beli stock banyak jugak dalam  5-10 helai. Al-maklumlah tak rajin nak membasuh hari-hari.haha. 
✅Legging -Legging beli color gelap. Irine beli sebab nak gantikan kain dalam bagi selesa sikit anak nak bergerak lasak. Tak kisah la hang anak jantan ke anak pompuan ke, dua-dua sama je lasak. Sebenarnya Irine tak terfikir pun nak beli legging ni tapi atas cadangan kawan dekat instagram, rupanya sangat penting legging ni.Terima kasih pada yang cadangkan 🙂 Secara tak langsung, kita latih anak kita jaga dan pelihara aurat dari usia kecik. Legging ni Irine beli dalam 5-10 helai jugak. Mydin @ kedai pakaian Hari-hari.
✅Scarf tudung Nina – Bab scarf ni Irine sediakan dalam 5 helai. Scarf ni beli jenis tudung syria punya tu dan jenis cotton. Memang anak dah selesa pakai dari sekolah tadika lagi. Scarf ni kalau 1-2 helai tak cukup sebab nak elakkan cepat kepam.haha.
✅ Telekung -Memandangkan Kak Nina tak balik tengahari, ibu providekan sekali telekung untuk dia. 

C) TAMBAHAN LAIN
✅Bag sekolah – Bag sekolah Irine memang dah beli siap-siap masa sebelum cuti sekolah lagi. Beli yang elok dan jenis kualiti sikit ya? Nanti tak yah tukar kerap. 
✅Tag bag (tag bag ni penting untuk ibu sebab nak letak dekat bag sekolah anak-anak. Lagi-lagi Hasya dengan Umar diorang sekolah sampai petang). Bag tag ni dah pakai siap-siap dah pun 2 bulan lepas🙊hehe.

Tag untuk pasang dekat bag sekolah masing-masing. Ni pun salah satu cara nak elakkan daripada tertukar bag sebab bag Kak Nina dengan Hasya sama. Pernah sekali tu, Hasya terbawak bag sekolah Kak Nina. jenuh mengamuk masing-masing tertukar bag.

Ni contoh bila dah pasang dekat bag. 

✅Sticker nama/sticker kasut/sticker botol susu Hasya & Umar. Semua jenis sticker setel dah

✅Kasut sekolah hitam – Haritu plannya nak beli lewat sikit tapi lepas kawan-kawan cakap better beli awal sebab kalau beli last minute selalunya banyak size kasut kecik-kecik dah habis. Mujurlah ada yang nasihatkan dari awal.hehe
✅Stokin hitam  -Stokin beli stok siap-siap 6 pasang. Tapi rasanya beli 10 pasang kot. tamak haloba pulak mak dia ni.haha. Bukanlah tamak, tapi diriku menggunakan konsep, stokin ni cepat ghaib. Dia ala-ala keronsang tudung lah. Beli sedozen, last-last tinggalnya 1 je.Itupun nasib-nasib je jumpa terselit celah-celah. Bab stokin ni pulak, kalau tak hilang sebelah tak sah! Memang stokin diciptakan akan hilang sebelah pasangan dia ke ek? haha.
✅Getah rambut anak -Ni pun beli buat stock jugak sebab rambut Kak Nina ni nak jaga dia macam jaga harta karun😂Rambut dah lepas paras punggung dah.
✅Botol air -Botol air mengikut peredaran zaman. I mean mengikut character cartoon yang tengah viral sekarang ni.haha. Frozen 2 lah jawabnya. Nak beli lunch box pun boleh. 

Fuhhh berpeluhhh. tapi legalah jugak banyak yang dah setel selain perkara-perkara utama yuran sekolah,buku,baju sekolah. 
Ingat lagi zaman ibu dulu, nak beli color 12 batang pun kena sesi memujuk rayu dengan mak.Yelaa bukan orang senang sangat pun dulu. Dulu kalau bag sekolah, mengimpikan nak pakai bag jenama SWAN.Dulu jenama ni lah paling have-have orang kata. Kalau pergi kedai bag, bag SWAN ni lah digantung paling tinggi dekat rak kedai. Setiap kali masuk kedai, setiap kali tu ku tenung dengan mata berkaca. Apakan daya tak dapat. hehe.
Zaman sekarang pulak, bag SWAN diwarisi dengan jenama bag SMIGGLE. Tu pun boleh bawak adegan tarik tangan ibu dengan anak nak masuk kedai. Apa-apa pun bersederhana dari segi apa pun, inshaAllah anak-anak boleh faham dan paling penting kena ajar anak menghargai sesuatu barang bukan dari nilai harga tapi menghargai penat lelah ibu bapa mencari duit siang dan malam demi anak-anak. 
Alaa sedih pulak type status ni 😢
Ok la bye.
Apa-apa ibu update lagi.