Part 1: Tips bercuti di Korea bawak anak2 kecik (musim winter)

Assalamualaikum and hye. 

Straight to the point, 3 hari lepas baru je balik dari bercuti ke Korea. Ramai yang request untuk share kan beberapa tips @ preparation nak pergi bercuti tambah-tambah kalau bawak anak kecik. Korea antara salah satu wishlist memang nak pergi daripada dulu. Takde rezeki nak pegi lepas kawen, lepas dapat 2 anak pun jadilah. tehee~ 

Holiday Korea sebenarnya memang tak plan pun. Serious last minute punya plan sebab tahun lepas  plan asalnya, bulan 12 tahun ni nak mengerjakan Umrah berdua dengan suami tapi sebabkan takde sape nak jagakan anak-anak, tambah-tambah pulak anak masih menyusu lagi. Jadi, aku anggap semua tu belum ada rezeki lagi untuk kitorang jejakkan kaki kat sana buat Umrah. Mungkin jugak belum sampai masa “dijemput” lagi 🙂 InshaAllah tahun depan kalau takde apa-apa aral yang melintang.

Jadi, plan pun bertukar lah serta-merta. Entah macam mana, aku terlepas dan ringan pulak mulut dok mengajak husband pegi Korea. Aku cakap lah yang bila lagi nak pegi. hihi. Husband pulak takde pulak tolak bulat-bulat, cuma dia cakap dengan aku, nak pegi boleh, tapi make sure dalam masa 2 bulan jangan shopping apa-apa. huahuahua! Set! memang aku x beli apa-apa dalam masa 2 bulan. 

Excited la sikit nak pegi bercuti kali ni sebab Korea bulan 12 dah pun start musim sejuk. Orang cakap kalau pegi time musim sejuk ni jimat sebab tak payah susah-susah bawak baju banyak-banyak. Dekat sana takkan berpeluh pun, jadi engkorang takyah susah-susah nak ganti baju banyak-banyak dalam sehari. Sehelai baju boleh guna 2-3 hari dekat sana. Cuma tuh lah, kalau bagi yang pertama kali pegi overseas time musim sejuk ni, kena melabur sikit lah beli pakaian-pakaian sejuk. Tapi takpe, jangan kau risau, sebab pakaian sejuk ni, hanya melabur sekali saje, next time nak pegi boleh guna lagi. Toksah membazir ye dak? Lagi-lagi kalau yang ada anak-anak kecik, kena sediakan jugak kelengkapan untuk diorang. 

Bagi tak memeningkan kepala korang baca entry panjang-panjang, aku akan bahagikan entry Trip ke Korea ni kepada 2 atau 3 episode. Senang nak refer nanti. Panjang-panjang lebar pun sakit kepala nak baca. 

Aku mulakan dengan simple preparation. Barang-barang keperluan apa yang PATUT & WAJIB korang kena bawak kalau nak ke Korea time musim winter. Aku pun banyak refer dekat kawan-kawan dan dekat blog lain-lain jugak. Cukup membantu. Make sure dalam beberapa list yang aku akan senaraikan dekat bawah ni, jangan berani-berani INGKAR tak bawak! haha sbb aku dah mention kan dekat atas tu wajib?

PREPARATION HOLIDAY TO KOREA (musim winter)

1) Check temperature & weather

Sebelum nak pergi, make sure check dulu cuaca dan suhu bila korang sampai nanti. Kalau yang dah biasa pergi no hal, tapi kalau yang baru pertama kali better baca sampai habis apa yang aku nak share ni. Boleh check dekat website tentang forecast weather. Tak pun, kalau korang pakai agent, boleh tanyakan dekat diorang berapa suhu dekat sana. Macam aku haritu, masa nak beli baju winter dekat Universal Traveller, staff tu tanya siap-siap,nak pegi mana dan berapa hb. Pastu dia tolong checkkan suhu kat Korea.

2) Barang keperluan musim sejuk

Bila cerita bab barang-barang keperluan nih la paling aku suka. Aku kalau dalam bidang bab-bab preparation nih paling suka dan memang teliti. Berbanding dengan husband, dia lagi 2 hari nak pegi baru nak gelabah, padahal si isteri dah list out kan macam-macam sebulan sebelum nak pergi. Ko tengok perangai perempuan banyak tak beza dengan lelaki? hihi. Sebabkan ni 1st time negara yang pergi time musim sejuk, jadi aku assume lah yang semua pakaian dan keperluan musim sejuk wajib masuk dalam list ok?

A) Apparel

Baju winter 

Yang ni patut engkorang kena sediakan kalau nak pegi time musim sejuk. Suhu dekat Korea time aku pergi haritu cecah -7′ celcius. beku tak beku? Winter coat boleh beli dekat mana-mana, dekat kedai Universal Traveller atau Winter Time pun ada, kedai-kedai lain pun ada. Tapi, kena tau satu benda, bila masuk kedai winter, akan ada belambak jenis winter coat. 1st, janganlah pandang pada design yang cantik je. haha. Kenapa aku cakap macamtu? 

Meh aku terangkan details sikit.Winter coat ni ada jenis dia jugak. Kalau nak pegi time winter, tanya siap-siap dekat staff kedai tu, winter coat ni boleh cover sampai temperature berapa. Ada sesetengah winter coat, tak boleh cover sejuk sampai negative temperature, jadi ingat dalam kepala siap-siap jangan tersalah beli. Membazir nanti, baju winter dah la mahal. Nanti engkorang akan jumpa bermacam-macam jenis winter coat. Macam contoh, nampak baju tu tebal gilerrrr, tapi sebenarnya winter coat tu boleh cover sampai temperature 10’c celcius ke atas je dan cuaca yang negative temperature x cover. 

Winter coat aku jenis adult, cari dekat Universal Traveller. Pilih yang boleh cover sejuk sampai cuaca    -10’c. Winter coat agak pricey sikit, tapi macam aku cakap tadi lah, pakaian2 macamni seumur hidup beli dan boleh guna untuk keperluan akan2 datang kalau nak bercuti lagi. Kalau nak best, beli lah time YEAR END SALE, confirm harga menjunam daripada harga asal. Bajetlah dalam RM500 sepasang utk winter coat dewasa (kalau pandai carik, boleh dapat murah daripada harga tu).

Winter coat (baby & kids)

Baju sejuk untuk anak2 jangan lupa pulak. Lagilah penting. Kalau boleh, memang kena bungkus betul-betul diorang. Kalau diorang sejuk, confirm diorang meragam pastu menangis sebab tak tahan sejuk.

Baju sejuk Medina.

Untuk anak2, memang aku packingkan banyak sikit baju sejuk untuk diorang. Memang makan space sikit lah, tapi korang boleh packing baju2 sejuk yang tebal2 tu guna vacuum bag. Yang vacuum bag tu nanti aku ceritakan dekat bawah2.

Baju sejuk Medina jenis yang suit. So, untuk Medina je aku dah bawak 4 baju sejuk untuk dia. 

Soalan cepu mas : Pakai ke semua baju2 sejuk ni masa dekat sana? 

Jawapan : Yes, semua pakai, walaupun Medina awal2 tu dia taknak langsung pakai. Dia cakap tak sejuk, padahal semua orang dah sejuk beku. Sabo jer lahhh! Dia sorang je kulit tebal. Ggrrrr.. 

Baju sejuk untuk Hasya size baby. Hasya pun bawak 4 helai jugak. 

Soalan cepu mas : Kenapa bawak banyak2 sangat ni? bawak sikit2 dah laaa

Jawapan : Fungsi aku bawak banyak2 sebab kalau kotor boleh salin2. tepat sangkaan aku, masa aku dukung Hasya dalam baby carrier sambil makan, terjatuh pulak makanan atas baju sejuk dia, kotor tinggal kesan. Nak basuh, time bile pulak nak kering nya kan time winter ni? haha. Jadi, kalau korang  nak bawak, sila bawak at least 3 helai pun ok dah memadai. Beli yang besar2 sikit pun takpe, sebab dalam tu nanti nak pakai baju berlapis-lapis lagi. Prinsip aku daripada dulu, biar bawak lebih, jangan kurang. kahkah.

Heattech @ Long John

Heattech @ Long John ni macam inner or shirt yang material dia bagi kita panas atau keluarkan haba bila kita pakai. Kalau pergi time musim sejuk, long john ni memang satu keperluan. Dekat sana kalau  kau nak pakai baju 1 lapis saje, berrrsiap sedialah kulit kau akan menggeletar dan menggigil. Seriusss i tell u, sebab haritu aku gatal-gatal tak pakai seluar long john, keluar je daripada hotel, berdesupppppp naik bulu roma kat peha. kahkah! 

Long John ni boleh beli dekat mana? Ada 2 pilihan. Korang boleh pilih nak yang mana. Boleh beli dekat Uniqlo. Kalau dekat Uniqlo belambak ada. Range harga pun murah dalam Rm49 macamtu tak silap aku. Tapi, ni pendapat peribadi aku sendiri, kalau nak yang lagi elok beli long john dekat Universal Traveller. Memang pricey sikit tapi berbaloi and nampak kualiti sikit.

Aku suggestkan, kalau korang pegi seminggu, beli lah dalam 2 inner shirt, 2 legging (untuk perempuan). So boleh lah tukar2 in case kalau apa-apa hal kan.

Yang bawah ni boleh beli dekat Uniqlo

Maybe ada yang tak tau atau 1st time tau, long john ni pakai untuk lapisan mana. Kalau musim winter, long john ni kena pakai untuk lapisan pertama, disusuli lapisan kedua dengan baju tshirt yang korang nak pakai (baju jalan lah senang cite nak bagi faham), lepastu lapisan ketiga ialah jaket @ cardigan lah kot dan lapisan keempat barulah bungkuskan badan engkorang dengan baju sejuk tebal tu. hahah. Nampak banyak gilerrr kan?? Yes mmg banyak, tapi macam aku haritu pakai 3 lapis je. Long john, blouse jalan, dan winter coat. Tu pun still rasa sejuk jugak tp sebabkan kulit aku tebal sikit, maka boleh la bertahan sekejap. hehe.Macam husband, dia pakai 4 lapisan pun memang dia rasa sejuk sangat tak tahan. 

Legging

Yang ni heattech @ long john yang suami beli dekat Uniqlo. Aku punya terlupa nak snap sbb dah packing masuk bag. hehe

Yang atas ni untuk dewasa, kalau long john untuk baby @ kids pulak macam mana?

Parents yang nak bawak anak2 yang still kecik lagi macam baby atau umur 3 tahun ke bawah ke, korang kena lah melabur sikit belikan long john untuk diorang. Kalau boleh, beli yang tebal sikit. Macam aku haritu, aku plan tak nak beli. HAHA sbb mahal kot 1 set.Padahal untuk kids je pun. Aku fikir kalau tak beli long john,  pakaikan je 4-5 lapis baju untuk diorang, tapi fikir-fikir balik, macam leceh nak pakai sampai banyak lapis. Jadi, aku pun beli,  kang kalau anak meragam sakit sebab terlampau sejuk kitorang jugak yang susah.

Long John Kids size macam Medina dan adik dia Hasya beli dekat Universal Traveller.

Size kids memang besar, takde size untuk baby yer. Size memang besar untuk 4-5 tahun ke atas, tapi boleh je pakai, lengan panjang tu boleh lipat-lipat, seluar pun sama. Jimat beli size besar boleh pakai lama. Pricey sikit lah long john untuk kids, 1 set RM 180, tapi aku cakap siap-siap berbaloi ! lagipun memang keperluan dan long john universal traveller sangat-sangat tebal ok kain dia. Penting nih sebab nak bagi anak2 kita sentiasa rasa panas.

Medina size M, dan Hasya pula size S. 

Glove

Glove adalah benda yang penting dan keperluan jugak.  Kalau tak beli, maka engkorang bersiap sedialah mengalami tapak tangan yang sangat lah kebas !! Bukan takat kebas tau, tapi kebas sakit sebab suhu sejuk sangat. Masa aku pegi haritu, sampaikan muka pun rasa macam dah beku kena angin sejuk. Nak bercakap pun, rasa macam bibir dah keras sebut pun dah tak betul dan tak jelas.hahaha.  

Glove kalau nak beli, beli lah yang jenis “antislip”. Antislip ni memudahkan untuk kita boleh touch phone. Kalau beli yg biasa, kena kejap2 bukak sarung tangan tu nak pegang phone @ snap gambar pakai camera. Sarung tangan beli 1 pun cukup tapi kalau sarung tangan untuk anak-anak beli lebih pun x pe sebab macam aku haritu, pakai 2-3 lapis sarung tangan untuk anak2. Kalau selapis takut x cukup, lagi-lagi kalau cuaca dah cecah minus temperature.

Stokin kaki

Stokin kaki beli yang tebal2. Untuk dewasa, bawalah dalam 2-3 helai. Untuk anak-anak kecik pun sama. Medina dengan Hasya haritu aku pakaikan 2 lapis stokin untuk diorang. 

Mafela/ Pashmina


Bila angin sejuk ni, boleh buat hidung cepat rasa tak selesa, berair, bersin and boleh dapat selsema dekat sana. Kalau nk beli dkt Korea pun no hal. kat sana banyak. Harga dalam 10,000 Won duit sana, lebih kurang RM38. Bagi yang kurang daya tahan antibodi, prepare la siap2 benda ni bawak sana. At least boleh cover sikit bahagian hidung 

Kasut/ Boots

Kalau pegi time musim sejuk yang salji dah turun, better lah pakai sport shoes ataupun boots. Janganlah mengada-ngada nak pakai flat shoes je. Dekat sana, korang akan habiskan masa untuk banyak berjalan. Tak sesuai kalau nak bawak flat shoes. Boot boleh beli dekat mana-mana je, kalau nak jimat kedai bundle pun belambak-lambak, cantik2 dan byk jugak yg kualiti. Nak beli dekat Korea pun lagilah dialu2kan sebab banyak gilerrr kasut kulit. But please make sure dan check betul2, jangan terbeli kasut yang diperbuat drpd pig skin.

B) Toiletries

Untuk toiletries, aku bawak benda yang penting-penting je. Semua dalam bentuk botol2 kecik yang sesuai untuk dibawa travel. Kalau dekat Daiso, ada jual botol-botol kecik lutsinar tu kan, boleh beli dan isi syampu korang, cream atau benda2 lain. Jimat space dalam bag. Tapi macam aku haritu, dah sampai hotel dekat sana, semua dah lengkap disediakan. Syampu, body wash, lotion, minyak rambut, berus gigi, ubat gigi semua lahh! Semua botol-botol besar pulak tuh! Kalau aku tau, aku takyah susah-susah nak bawak. huhu. Tapi!!! Benda2 macamni korang kena bawaklah in case tempat yang korang nak stay nanti tak sediakan, emmm payah gelabah nanti. hehe. 

Kit Makeup

– Berus gigi, facial wash, ubat gigi. 

-Lotion, lip balm @ vaselin

Bila pegi time cuaca sejuk, 3 benda ni sangatlah wajib kena bawak. Cuaca sejuk akan mengeringkan muka, bibir cepat merekah @ kering (kadang sampai luka pun boleh), dan boleh sebabkan kulit pedih bila terlampau kering dan sejuk.

Kalau dekat sana, pakailah lotion satu badan. Kalau tak pakai, confirm masa dalam flight nak balik Malaysia nanti korang akan rasa gatal2 sampai nak tergaru2, kulit kering mengelupas. 

-Tissue, wet tissue, hand sanitizer, pad, panty liner. 

Kenapa kena bawak semua ni? Sebab dekat sana kalau korang nak pegi pooo pooo atau buang air kecik, diorang tak guna air, ada tissue je semata-mata. hihi. Kalau ada pun, air yang disediakan dekat sink di luar toilet. So, wet tissue kena bawak. 

-Botol kosong. 

Botol kosong kalau boleh kena lah sentiasa prepare dalam bag time nak berjalan seharian. Bawak botol kecik 500ml tu pun dah memadai asalkan ada. Makanya, bila korang rasa sakit perut tiba-tiba nak buat hal, isi air dalam botol luar toilet dan boleh gunakan dengan bersih dan cermat

C) First Aid Kit

-Handyplast-Minyak panas untuk gosok-gosok kaki time kebas ataupun lenguh-lenguh kat sana. Masa malam 1st kat sana, tangan dan lengan aku memang lenguh sangat, nak gerak pun rasa berat je. Aku agak sebab lama sangat dukung Hasya seharian (hari 1st aku x pakai baby carrier). Jadi, lepas subuh aku gosok dan sapu minyak panas satu badan. Legaaaaa, nasib baik bawak minyak. -Minyak cap kapak-Panadol-Pil selsema (jenis yang tak mengantuk) in case kalau apa-apa jadi masa dekat sana. – Strepsils (untuk sakit tekak) -Vitamin C

Supplement yang aku bawak pegi sana Vit C daripada Allure Beauty ni. Memang bawak dan tak menyesal bawak. Atas feedback aku sendiri, highly recommended. Bawaklah Vitamin C ni. Vit C ni aku bawak sebab untuk kesihatan, dekat sana takut kalau selsema tiba2 dan takde tenaga. Jadi, Vit C Allure Beauty ni jenis serbuk, bancuh je dalam air. Botol pun memang kecil comel, boleh sumbat dalam handbag 🙂 Better lah bawak selain ubat-ubatan. Kalau nak travel jauh-jauh lagi-lagi tempat sejuk macamni, masukkan dalam list ok? Bagus untuk kesihatan dan kulit jugak. Kalau nak beli, boleh order dekat IG : @allurebeauty_official . 1 botol RM60, boleh tahan 2 bulan. 

Heatpack


Heatpack ni boleh beli dekat Daiso. Benda ni ada 2 jenis. Satu yang jenis tampal dekat dalam baju, nanti dia akan panaskan. Satu lagi jenis yang bila kita genggam2, dia akan panas2 dekat tapak tangan. 
Letakkan semua benda-benda macamni dalam 1 uncang kecik. Senang nak carik dalam satu tempat, takdelah kau sebok2 nak meraba gelabah time nak pakai kan?

D) Food

– Milo @ Nescafe 3 in 1- Maggi (tolonglahhh wajibkan benda ni KENA bawak, sebab aku terlupa nk beli haritu. Hari kedua dekat sana, aku terjaga pukul 2-3 pagi mengadu dekat husband cakap lapar. Mungkin dah biasa mkn byk time menyusu anak, tu yg kebuluran. Lagi-lagi time sejuk, bila sejuk mesti cepat lapar. Aku kejut husband mengadu lapar, dia buat bodo jee kat aku. Esok tu dia cakap dgn aku mcmni “Kalau syg kejut abg pun, bukannya ada kedai Mamak kat bawah boleh beli makanan “. Sentap mak dengar. kahkah. 

-Biskut/roti bun- Kalau rajin bawaklah nutella botol kecik boleh sapu kt roti. hehe-Chocolate bar/ Snickers-Untuk budak2, belikan coco crunch @ honey star pun ok-Sambal kering ikan bilis

Haritu aku bawak sambal belimbing pedas Pahang dgn pucuk ubi goreng nogori lori cili terbalik fevret aku ni bawak bekal kat sana. Dengar nama pun dah seram! Rasa memang kaw2 sedap! Memang makan kat sana time emergency aritu. hihi.Bawak yg dlm paket2 mcmni senang, korang boleh je beli dekat butik FISKA @fiskashahalam . 1 paket RM 15 !

Kalau nak makan dengan nasik, nasik boleh beli dekat sana. Nasi instant, korang masukkan dalam microwave je 2 minit gitu siap. Dekat hotel ada microwave boleh guna. Kalau takde, boleh rendam dalam air panas 10 minit gitu.

Dah nama pun bercuti kan, so semuanya instant lah jawabnya. Yang peliknya, instant2 pun selera pulak tu makan! haha. Dekat sana, nasi dia jenis pulut tau. Cepat kenyang sebab kanji, tapi cepat jugak lapar! hihik.

E) Gadjet

-Powerbank
-Camera
-Charger
– Battery spare
-Memory card spare
-Travel Adapter

Dekat Korea, diorang pakai suis 2 kaki jenis bulat. Aku sarankan beli siap2 dekat Malaysia. Sebelum beli, check dulu kod negara yang nak pergi sbb ada banyak kod untuk adapter. Dekat belakang adapter pun ada tulis, kalau tak sure tanya sales assistant dkt situ. Macam hotel yang aku stay haritu, sampai-sampai je diorang dah pasang siap2 adapter dengan charger iphone, samsung and lain2. Senang keje walaupun aku dah standby siap2 bawak. 

F) Others (barang keperluan anak2 baby @ kids)

-Compact stroller

Macam Medina, kitorang bawak stroller dia. Medina jenis yang duduk stroller, kalau dah boring duduk stroller, dia nak berjalan kaki pulak, kalau dia takde mood jenis nak berdukung. Jadi, stroller memang sgt penting. 

-Rain coat stroller 

Untuk tutup depan stroller time sejuk ataupun time hujan.Yang ni aku terlupa nak bawak haritu, so basahlah stroller kat depan tu sikit. Tambah2 pulak haritu hujan kat sana.

-Baby carrier 

Untuk sesiapa yang bawak baby pulak, aku suggestkan bawaklah baby carrier. Takyah lah susah2 nak bawak 2 stroller. Stroller Hasya aku tinggalkan kat rumah je dan sepanjang masa dekat Korea, aku dukung Hasya dengan baby carrier. Sangat membantu. Lagi-lagi dia masih baby kan, time-time sejuk sambil berbaby carrier, sambil2 tu boleh dakap dan peluk baby dalam kesejukan dengan pelukan kita.     Dekat Korea, kau akan luangkan masa untuk banyak berjalan. Sangat banyak berjalan dan mendaki bukit, nak berjalan ke train, nak berjalan pegi station bus, naik subway dan lain2. Jadi, sanggup ke kau dukung baby pakai tangan semata-mata sepanjang berjalan kaki tu? Lenguh woiii tangann. Confirm sampai-sampai hotel tangan sakit giler sebab berdukung je. So, better pakai baby carrier 🙂

Dukung Hasya guna baby carrier sepanjang dekat Korea. Hasya memang tido dalam baby carrier daripada pagi sampailah tengahari setiap kali keluar. Senang nak bawak dia. 

-Susu baby 

Macam mana nak packingkan susu anak?

Macam Hasya, senang sikit sebab dia fully breastfeed. So takde masalah dekat situ, kalau nangis lapar, terus bagi susu direct.  Kalau macam kakak dia pulak, Medina, aku packingkan susu dia dalam plastik kecik-kecik dan staplerkan. So, dah tak payah nak susah-susah bawak bekas susu naik dalam flight. Dah lah jimat space, ringan pulak tu kalau buat cara macam ni 🙂

Aku bajet lah dalam sehari Medina akan minum 4 botol, sekali minum 3 scoop susu. Maknanya, sehari aku bajet 4 plastik untuk dia. Kalau 6 hari, 24 plastik kecik2 aku bawak. Tapi bila balik memang banyak lebih sebab Medina still lagi nak menyusu badan dengan aku. So gilir2 dengan adik dia. Kalau dia rasa taknak menyusu, dia mintak susu botol dia. 

Susu Medina yang dah siap-siap packing dalam plastik kecik-kecik.

Lepas tu aku letak susu tadi dalam uncang kecik ni.
Husband aku tanya, kenapa letak dalam uncang ni? dia cakap “nampak macam meragukan”.
 Kahkahkah!!

Flask/Thermos

Penting kena bawak, bawak yang size kecik sudah. Bila dalam flight, bawak thermos kosong je, nanti atas flight bila nak buat susu, mintak FA isikan dengan air panas. Dun worry, diorang pun dah biasa isikan untuk penumpang. Make sure sebelum naik atas flight, thermos tu kosong lah, jangan isi air apa-apa, kang masa nak scan kena tahan. Sepanjang dekat Korea, bila nak berjalan, memang bawak hari-hari thermos ni untuk buat susu dekat Medina tengah jalan. 

Makanan Hasya

Hasya skang umur 7 bulan lebih. Sebabkan Hasya dah start solid food, dia still dalam fasa makan puri  buah. Jadi macam mana nak handle makanan Hasya? Nak bawak makanan apa untuk dia?

Untuk yang nak pegi bercuti bawak baby, jangan ambil mudah @ tak pedulik tentang makanan baby korang. Kalau korang kenyang, anak x kenyang macam mana? Kesian kan. So, haritu aku bawak frozen food untuk Hasya. Sekarang ni banyak yg dah jual siap-siap frozen food puri buah. Aku beli puri buah frozen food daripada BEBJ. Sangat memudahkan. Aku bawak 7 bekas untuk 6 hari. 1 bekas   aku bajet habis dalam sehari (pagi, petang, malam). Selain frozen food, jangan lupa bawak biskut baby. Boleh kasi makan time nak buat kudap-kudapan utk baby.

Macam mana nak handle frozen food?

Sebelum nak pegi, frozen food letak dalam cooler bag. Dalam tu, isikan dengan ice packs banyak2 dan boleh bawak sekali masa atas flight. Jangan risau, kalau diorang tanya dalam bag tu ada apa, cakap je tu frozen food untuk baby. Kalau macam aku aritu, diorang tak tanya pun. Masa atas flight, Hasya makan sekali. So, frozen food yang dalam cooler bag tu aku panaskan ikut cara tradisional sikit, panaskan dalam air panas. Hasya pun makan dengan seleranyaaaaa atas flight. Kemain dia! hehe. Bila dah sampai hotel dekat sana, cepat2 aku transferkan semua frozen food letak dalam freezer dlm bilik. Semua frozen food yang letak dalam cooler bag tadi berada dalam keadaan keras lagi. InshaAllah memang tahan dalam 7-8 jam kalau letak dlm cooler bag yg berisikan ice pack banyak-banyak.

Makanan Hasya, puri buah. Ada mango, potatoes, sweetcorn, pumpkin and lain2. Macam mana nak cairkan frozen food ni? Sebenarnya kalau nak lagi senang dan cepat, boleh bawak portable cooker sekali. Portable cooker yang jenis kecik, size sejengkal tangan je, muat masuk luggage. Boleh carik dekat kedai hardware. Tapi haritu memang dah last minute betul tak sempat beli, makanya aku panaskan frozen food ni dalam mangkuk isi air panas je. Takes time sikit lah nak tunggu dia cair, tapi boleh je asalkan panaskan. 

Pampers

Pampers pulak, aku bajet sehari sorang 3 keping pampers, Medina 3 pampers sehari, Hasya pulak 3 pampers sehari. 6 keping sehari x 6 hari dekat sana, total 36 keping dan aku genapkan 40 keping untuk pampers diorang packing dalam luggage. Macam mana nak jimat space untuk letak pampers? Pampers tu korang boleh gulung-gulungkan dan ikat dengan getah. Setel ! Jimat space.

Baju 

Baju2 Medina dengan Hasya kali ni betul2 tepat aku bahagikan. 1 hari aku akan pakai 2 helai baju untuk diorang. Sehelai baju untuk pakai daripada pagi nak keluar berjalan, lepas balik hotel waktu malam macamtu tukar baju tidur. Kalau macam Hasya yang still baby lagi, aku lagi prefer pakaikan dia sleepsuit masa nak berjalan daripada pagi sampai balik hotel. Kenapa sleepsuit? Sebab mudah bagi aku nak tukarkan baju dan pampers dia masa dekat sana. Lagipun, baju dekat bahagian dalam tak nampak pun sebab dah pakai baju sejuk. Jadi, kalau tanya aku, kalau baby, bawak sleepsuit je banyak2. Lainlah kalau mcm umur Medina, aku bawakkan baju long tunic kain jenis sweater tu dan jeans. 

Ok selesai untuk part kelengkapan barang-barang yang nak kena bawak Korea haritu. 
Next part, aku cerita pengalaman travel bawak 2 orang anak kecik sepanjang dekat sana daripada awal nak pegi sampai lah nak balik 🙂

InshaAllah esok atau lusa boleh update next part 🙂
Stay tuned ya! Kalau ada nak request aku share tentang apa untuk next entry, boleh je comment dekat entry ni ok? InshAllah aku jawab dalam next part.